cara zoom in dan out imej di browser internet

  Ada beberapa komen daripada pembaca laman web ini memberikan komen bahawa saiz tulisan agak kecil dan sukar dibaca..terima kasih atas teguran anda..Kami lebih suka menggunakan saiz tulisan yang kecil untuk memudahkan pembacaan yang laju... tetapi kekurangannya adalah ramai juga yang menghadapi kesukaran untuk membacanya...

Disini saya ingin berkongsikan satu cara yang selalu saya gunakan semasa melayari internet lebih-lebih lagi jika saiz huruf tersebut kecil...

a ) Di keyboard  komputer/laptop anda ada 2 butang pada kiri dan kanan  iaitu : Ctrl   yang bermaksud  " control"... rujuk gambar dibawah ini :

b) Untuk menggunakan fungsi ini... sila tekan  butang "ctrl" pada keyboard dan jangan dilepaskan.
c) Sila pusingkan "mouse roller" atau bebola yg ada pada tetikus anda..
d) Untuk zoom  atau memperbesarkan imej/tulisan sila pusingkan ke arah LAWAN jam
e) untuk mengecilkan imej /tulisan pula..  sila pusingkan bebola tetikus ikut jam..

sebelum zoom in
selepas zoom in


Selamat mencuba..semoga tip ini memberikan kebaikan kepada anda.


Terima Kasih.